Sunday, 13 November 2011

~~~nama~~~

im so proud with my name..oh yeah..=)

gambar hiasan...=)

" Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya. Hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlaknya.
Wanita itu sendiri adalah rahsia ".

Sharing Is Caring

mau kongsi ngn kamu semua...
mari kite baca ye...
aku share kat 1 blog tu
tp lupe plak ape name blog tu...sebab lame dah...=)




KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

After baca,hati sangat tenang...pepun usaha perlu diteruskan..

Sedih ++epy

November 2011..
oh sedih sungguhlah...
nape aku sedih???
sbb dah nak hujung tahun weh...
lamenye aku jd artis popular@penganggur...huhuhuhuhu

gambar hiasan semata-mata
 nape aku cakap artis popular???
sbb aku selalu dapat soklan la.
ramai org suke bertanya pasal aku
like a public figure ok..
tak suke lah..
tak suke jd org popular!!!(gedik jek ayat)
tak suke org duk tanye2..
plzzzzzzzzzz...

emmm sy dah letih jawab soklan semua penyoal sekalian
sy bosan!!!!!!!
sory u alls..emo sgt arini..
tak tau nape...
emmm rezeki tak smpi lg...(kata2 org yang baik kat aku)
tp dalam emo2 ni kan..
aku tgh menunggu hari bhgia..
hehehhehe
so excited...

KAWEN???
oh bukan lah...
hehehheh
dont worry ok..nnti 24hb12.2011 sy bgtau kamu semua ok...

k bye..=)
senyum selalu..

Friday, 21 October 2011

mimpi kamu..=)

tika malam melabuhkan tirainya...
tiba2 kamu masuk mimpi daku...
ohhhhhhhhhhhhhh tidakkk...
hehhehe

tak sgka giler ah pelakon ni masuk mimpi aku n jadi member aku...(shhhh admire aku la)..
emmm tp muke dia time muda..
skrg dah tua dah pelakon neh...
aku suke tgk dia belakon..
kadang jd doktor,org jahat n tukang masak...
bnyk2 drama yg aku penah tgk masa aku sekolah dulu..
tp lupe la tahun bpe..
tajuk dia A Taste Of Love..memegang watak sebagai Mayau..
emmm nape aku suke dia???
sebab dia ensem lah u alls..heheheh
then sbb dia pakai kaca mata..dulu nak cari pkwe cam dia..tp tak jumpe..dapat yg skrg pon dah ok..hehhe

aku suke2 gitu ja
takda la peminat fanatik sgt...
nah layan gmbo pic dia..heheh..ni time dia muda2..skrg dah tua rasanya...tak penah plak tgk dia belakon...




bagun dari tido...terus aku edit pic ngn dia..hehehhehe....

kawen kawen

kawen???
oh siapa tidak mahu kawen????
emmm kalo tanye aku...aku mmg nak sgt kawen..heheh
bukan sebab gatal u alls..
tp aku terasa nak ada suami..
mcm kawan2 lain jugak..
ada anak n family sendiri...
alahai...so SWEET...

tp membina bahtera perkahwinan bukan lah sesuatu yg mudah..
mgkin pada dasarnya,si lelaki hanya perlu menyediakan wang hantaran mas kawen untuk menyunting seorang wanita sebagai isteri..
dengan lafaz"aku terima nikahnya si **** binti **** dgn mas kahwin sebanyak ****ringgit  tunai"..
maka sah lah sudah hubungan suami isteri seiring dengan syarat sah nikah(sila rujuk buku agama@google).

tapi ia bukanlah habis disitu...bahtera perlu dilayarkan dan kesepakatan amat penting untuk memastikan destinasi keluarga bahagia selamat smpai...
apabila seorang wanita menjadi isteri, maka dia perlu mejaga maruah si suami, memberi layanan sempurna, berada disampingnya dikala susah dan senang, menerima baik buruk si suami, perkongsian kasih sayang bersama keluarga mentua. dan sesungguhnya tanggung jawab si suami terhadap ibunya adalah sehingga akhir hayatnya..so kenelah bertolak ansur..(sedang mengingatkan diri aku sekali neh)..


si suami pula perlulah menyayangi dan memberi perlindungan kepada si isteri. memberi tunjuk ajar,beri bimbingan dan semangat. cubalah jadi imam dikala menunaikan solat. mudah2an, keluarga yang dibina akan diberkati Allah dan dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.

aku ada baca satu artikel neh..aku rasa menarik sangat..cube baca ye:

·٠•●♥ Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu. Yg menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Dan lelaki yg membangunkanmu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara... ♥●•
 emmm menarik kan???
YaAllah,mudah2an hambamu ini bakal mendapat suami sebegitu. Amin... 

Thursday, 20 October 2011

Andai itu Takdirnya



kadang kala.tidak semua yg kita impikan jd kenyataan..
dan tidak semua yg kita suka itu adalah yg terbaik utk kita...

yep..itulah yang muncul dibenak fikiran aku..
(peh ttbe rasa nak emo jap)..
manusia biasa kan...so tak mustahil la ada masa kite gembira,ada masa kite sedih,dan ada masa kite sengal..
SENGAL???
oh tidak...
sengal tu mcm bingung2 sikit...(semak kamus cik penajubai.blogspot.com)

Sunday, 14 August 2011

Bersyukur kah kalian??

Syukur merupakan kualiti hati yang terpenting.
Dengan bersyukur kita akan sentiasa merasa tenang, tenteram dan bahagia.
Sebaliknya, jika kita selalu tidak bersyukur…
Kita akan selalu merasa kurang dan tak bahagia.
Ada dua perkara yang selalu membuatkan kita tidak bersyukur.

Pertama :
Kita sering memfokuskan pada apa yang kita inginkan, bukan pada apa yang telah kita miliki.
Katakanlah kita telah memiliki sebuah rumah, kereta, pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik.Tapi kita masih merasa kurang. Fikiran kita dipenuhi berbagai target dan keinginan.
Kita sangat obses dengan rumah yang besar dan cantik, kereta yang mewah, serta pekerjaan yang bergaji besar.
Kita ingin itu dan ini. Bila tak mendapatkannya kita akan terus memikirkannya.

Tapi peliknya, walaupun kita sudah mendapatkan apa yang kita citakan, kita hanya menikmati kesenangan sekejap sahaja.
Kita tetap tak puas, kita ingin yang lebih lagi. Jadi, betapapun banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA” dalam erti yang sebenar.
Mari kita jelaskan pengertian kita mengenai ‘orang kaya’.
Orang yang “kaya” bukanlah orang yang memiliki apapun, tetapi orang yang dapat menikmati apapun yang mereka miliki.
Tentu sahaja kita boleh memiliki impian hidup, tapi kita perlu menyedari bahawa inilah akar perasaan tak tenteram.
Kita dapat mengubah perasaan ini dengan berfokus pada apa yang sudah kita miliki.
Cubalah lihat keadaan di sekeliling kita, fikirkan yang kita miliki, dan bersyukurlah.
Anda akan merasakan nikmatnya hidup.
Pusatkanlah perhatian anda pada sifat-sifat baik boss anda, pasangan, dan orang-orang di sekeliling Anda.
Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.
Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa bersyukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang miskin yang mengeluh kerana tidak dapat membeli kasut, sedangkan kasutnya sudah lama koyak.
Suatu petang dia melihat seseorang yang tidak mempunyai kaki, tapi tetap ceria. Masa itu juga orang tadi berhenti mengeluh dan mulai bersyukur.
Kedua:
Perkara yang membuat kita tidak bersyukur adalah kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.
Kita merasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang yang lebih pandai, lebih kacak, lebih cantik, lebih percaya diri dan lebih kaya dari kita.
Rumput jiran memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput di halaman rumah kita sendiri.
Ada cerita menarik mengenai dua pesakit rumah sakit jiwa.
Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menjerit “Siti, Siti”.
Seorang pengunjung yang bertanyakan masalah yang dihadapi orang ini.
Doktor menjawab, “Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Siti.”
Pengunjug tadi mengangguk tapi semasa melalui bilik lain, dia terkejut melihat ada orang gila lain yang menghantukkan kepalanya di tembok dan berteriak “Siti, Siti”.
“Orang ini juga ada masalah dengan Siti?, adakah Siti yang sama?” tanyanya kehairanan.
Doktor kemudian menjawab, “Ya, dialah yang akhirnya berkahwin dengan Siti”.
Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki.Oleh kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.
Bersyukurlah !
Bersyukurlah bahawa kamu belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan.
Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?
Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu. kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar.
Bersyukurlah untuk jika ada masalah yang sukar. Di masa inilah kamu akan menjadi kuat untuk hidup.
Bersyukurlah untuk kebatasanmu. kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang.
Bersyukurlah untuk setiap tentangan. Kerana itu akan membangun kekuatan jatidirimu.
Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat. Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.
Rasa bersyukur dapat mengubah perkara yang negatif menjadi positif.
Posted @ www.isuhangat.net

Ya Allah,letakkanlah daku berada di dalam kalangan orang bersyukur..