
sesungguhnya setiap ciptaan Allah tiada tandingannya...syukurilah nikmat yang kita miliki...
Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda,
Biar seganas mana badai MASALAH menghempas,
Tanamkanlah sauh KETETAPAN HATI agar kapal tidak berganjak haluan
Biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja
Tanpa mencalarkan walau sedikit pun badan si kapal yang telah tetap haluannya......
Bila engkau letih dan hilang rasa semangat,
Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisan mu berpanjangan dan hati mu kedukaan,
Allah telah mengira titis air mata mu,
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu,
Allah sentiasa di sisimu
Bila engkau telah mencuba tapi tak tahu arah tujuan
Allah ada jalan penyelesaian.

0 comments:
Post a Comment